tabung panda

cari panda di sini

Loading...

Wednesday, March 21, 2012

pernah tak korang rindu kat mak ayah korang?? :(

Assalamualaikum...

selamat malam dan selamat pagi semua..malam2 camni xde ape idea nak share..tp malam2 camni eloklah kita  bercerita sesuatu yang membuatkan kita bersyukur kepada nikmat Allah..

aku xde la nak cerita pasal benda sedih ke ape ke..tapi aku yakin antara korang2 yang baca apa yang aku tulis ni mesti ade dari kalangan anak2 yatim kn??

termasuk jugak aku..dulu aku ade bercerita saat2 kematian orang tuaku..dalam ENTRY ni...kadang2,aku mesti teringat arwah abah aku..sape x ingat wo..orang tua kita..bela kita dari kecik sampai besar..

kadang2 aku terkilan,sebab bila aku da berjaya,aku xsempat nak balas budi abah aku...
kadang2 aku sedih,masa arwah sakit sebelum meninggalkan kami,aku xsempat berbakti..
kadang2 aku menyesal,aku x luangkan masa aku untuk bersama arwah semasa arwah xde keje..

tapi..smua da terlambat..xpatut aku rasa smua tu sebab smua da lepas..tapi aku tetap rasa rindu kat arwah abah..



NANGIS

aku xmalu menangis kerana rindu kat orang tua aku..masa keje,masa makan,masa nak tido..aku slalu nangis..bila aku teringat je,aku akan nangis..bukan sebab manje,bukan sebab macam perempuan ke ape...tu cuma sebab sayang..kasih sayang...aku sayangkan arwah abah aku..sayang...tapi tuhan lebih sayangkan arwah abah..

kalau ade orang cakap membanding2 kan pasal ayah,aku akan nangis..sebab aku fikir,dia xtau perasaan xde ayah...dia xfikir perasaan orang yang kehilangan ayah..dia xtau camne sukar nya aku lalui perasaan ni..biarkan mereka

kepada korang yang masih ade kedua ibubapa,sayangi lah mereka..berbakti lah kepada mereka..berbuat baiklah kepada mereka...jangan lah sesekali derhaka kepada mereka..ingatlah mereka semasa mereka masih ada..bila mereka dah tiada,kita xkan dapat kembalikan mereka lagi..


aku masih ada seorang ibu..aku sayangkan beliau..aku sentiasa rindu...aku takut kehilangan orang yang aku sayang lagi..aku takut..tuhan,tolong kuatkan hati aku...

Wednesday, March 14, 2012

jom holiday…”sawadikap” (part 2)

Assalamualaikum…
alhamdulillah,aku da selamat pergi dan selamat kembali dari thailand ..perjalanan ke phuket dan krabi sangat panjang..tapi x letih sangat..perasaan teruja dalam diri dah buat letih tu hilang..

aku ke phuket dan krabi tanpa ada partner or sape2..sebab aku tau,dah pergi ramai2 mesti la dapat berkenalan dengan sape2 kn..dapat ramai kawan kat sane..bukan kawan siam..tapi kawan2 yang 1 bas dengan aku..

kalau nak citer semua,memang panjang la entry ni..so hari ni aku nak post gambar2 yang aku janjikan dalam post sebelum ni yang part 1 tu..dengan berbekalkan DSLR nikon D5100, aku sangat hepy mepy bersama beliau..aku amik segala jenis gambar…tapi entry ni aku nak post view of sunset di krabi..eh,phuket ke krabi..ntah..lupe da aku

kat sane ada 1 tempat disediakan pihak thailand untuk tengok view sunset..(matahari tenggelam dalam laut) tempat dia cantik…

ni antara gambar2 dia..
DSC_0661
mat saleh
DSC_0668
di pantai yang indah
DSC_0698
just for view
DSC_0705
behind the scene
DSC_0718
chantek x???hehe
DSC_0722
magneta view
DSC_0733
blue sea view
DSC_0737
original view
terima kasih sudi jenguk…ada masa datang lagi..nanti ade gambar2 lain..

Thursday, March 8, 2012

KEPUTUSAN SBPA 2012 -SBPA dibatalkan SSM di upgrade

Assalamualaikum...

kepada para bloggers atau mak ayah dia yang sedang bekerja sebagai penjawat awam sekarang, boleh la baca keputusan SBPA 2012 yang dijanjikan akan berkuatkuasa Januari 2012 aritu..

setelah persidangan YAB perdana menteri kita,dato' Najib bersama setiap wakil2 penjawat awam semalam bersamaan 7 Mac 2012, perdana menteri kita telah mengumumkan SBPA  dibatalkan atas sebab2 yang tertentu..

tetapi, YAB perdana menteri juga telah bersetuju mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) dan mengupgradekan  SSM menjadi lebih baik...caya lah abg najib

berikut keputusan rasmi  tersebut (sumber metro )

Beliau juga mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).

Najib juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.




Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.

oraitt..bagi sesiapa yang mencari keputusan SBPA tu, dan jumpa blog aku,bace la..dalam metro ngan berita harian online pn ade..adiooss

1 Malaysia.hik hik...semangat plak..gaji da naikkk!!alhamdulillah